|
| EMPAT CUCU HAJI ZAILANI TEMPUHI UPSR |
HUTAN MELINTANG,
8 September 2009 (Selasa) - Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 bermula di seluruh negara hari ini.
Empat orang cucu Haji Zailani iaitu Khairunnisa' Binti Ismail, Mohd Nabil Emir Bin Sazahan, Nor Athirah Binti Mohd Haji Nasir dan Nurul 'Aqilah Binti Haji Ramlan menghadapi peperiksaan tersebut di sekolah masing-masing.
Semoga kesemuanya dapat menjawab dengan baik dan mencapai kejayaan yang cemerlang. |
| AHMAD AQLAN SYAMIL BIN AHMAD KAMIL CUCU KE-39 |
|
|
SEPANG,
21 Ogos2009 (Jumaat) - Cucu ke-39 Haji Zailani yang dilahirkan 17 Ogos 2009 telah dinamakan dengan Ahmad Aqlan Syamil Bin Ahmad Kamil (http://www.aqlan.net).
Kelahiranya telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, Daerah Sepang, Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi.
Sementara itu, Cucu ke-38 iaitu cahaya mata ke-7 Ismail (Sulung bagi Pasangan Ismail & Ruinah) dinamakan Nur Alifah Binti Ismail.
 |
| CUCU SULUNG BERGRADUASI CUCU KE-39 DI TERIMA |
HUTAN MELINTANG,
17 Ogos 2009 (Isnin) - Cucu Sulung Haji Zailani, Nurul Atiqah Binti Haji Mohd Nasir telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-43 di Skudai petang ini.
Tahniah Diucapkan.
Sementara itu, pada jam 17:17 hari ini 17 Ogos 2009, Hj Zailani dikurniakan cucu yang ke-39 iaitu anak ke-3 pasangan Ahmad Kamil Hj Zailani (Webmaster) dan Noraini Romlie, seorang bayi lelaki seberat 3.51 kg yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital Putrajaya.
Cucu ke-38 Hj Zailani adalah Anak Sulung Pasangan Ismail Hj Zailani (Ke-7) dan Isteri Ke-2 Puan Ruinah yang lahir pada Jun 2009 yang lalu. |
| SPM 2008: AIZAT MENDAPAT 6A |
|
|
SABAK BERNAM,
12 Mac 2009 (Khamis) - Ahmad Aizat Haji Mohd Nasir yang baru sahaja menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Gopeng baru-baru ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2008 yang diumumkan hari ini.
Beliau mendapat 4A1, 2A2, 2B3 dan 1B4.
Berikut adalah keputusan penuh beliau.
A1 - Bahasa Melayu
A1 - Pendidikan Islam
A1 - Sejarah
A1 - Matematik
A2 - Fizik
A2 - Biologi
B3 - Bahasa Inggeris
B3 - Kimia
B4 - Matematik Tambahan
Tahniah diucapkan. Semoga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
|
| GOPENG,
27 Disember 2008 (Sabtu) - Ahmad Aizat bin Haji Mohd Nasir yang baru sahaja mengambil peperiksaan SPM bulan lepas telah terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Gopeng bermula hari ini. |
| HAJI HANIF & HAJJAH NORIZAH TIBA DI TANAH AIR |
|
|
| KLIA,
23 Disember 2008 (Selasa) - Haji Dr. Mohd Hanif Haji Zailani dan Isteri Hajjah Norizah Haji Md Nor selamat tiba di tanah air tepat jam 10.47 malam menaiki pesawat Saudi Arabian Airline SV5004 setelah 53 hari di Tanah Suci menunaikan fardhu haji. |
| HAJI HANIF & ISTERI KE TANAH SUCI |
KELANA JAYA,
31 Oktober 2008 (Jumaat) - Dr. Haji Mohd hanif Haji Zailani dan Isteri Pn. Norizah Hj. Md. Nor berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan Fardhu Haji tahun ini.
Mereka telah melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya jam 9.30 malam.
Tahniah dan Moga mendapat haji yang Mabrur.. |
| KUANTAN,
14 Ogos 2008 (Khamis) - Putera ke-2 Sidik Al Amini yang lahir Jumaat 08.08.08 telah dinamakan Muhammad Muadz As Sabiq. |
| CUCU KE-37 HAJI ZAILANI LAHIR |
|
|
KUANTAN,
8 Ogos 2008 (Jumaat) - Nor Ashikim isteri kepada Sidik Al Amini Haji Zailani selamat melahirkan putera ke-2 hari ini 08.08.08 jam 3:58 petang di Kuantan Medical Center.
Putera ke-2 pasangan tersebut adalah cucu ke-37 Haji Zailani.
Kini Haji Zailani mempunyai 16 cucu lelaki dan 21 cucu perempuan hasil perkahwinan 10 anak dan 11 menantu.
Tahniah diucapkan. |
SHAH ALAM,
6 Julai 2008 (Ahad) - Nurul Fathin Binti Haji Ramlan telah melanjutkan pelajaran ke International Education Centre (INTEC), UiTM Shah Alam dalam program A-Level Medicine bermula 29 Jun 2008.
Tahniah diucapkan. Semoga berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. |
<<10
Berita Sebelum
|
10
Berita Berikut >>
|