| ERTINYA:
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, Tuhan semesta alam. Selawat
dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para
sahabat seluruhnya.
Ya
ALLAH, apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU
larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU
pun belum meredhainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun
ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan
kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan
ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami.
Dan
manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha-MU, ENGKAU
janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada
ENGKAU wahai TUHAN Yang Pemurah, TUHAN yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan,
terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami
ini.
Semoga
ALLAH merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya.
Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya untuk ALLAH, TUHAN semesta
alam. |
ERTINYA:
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, Tuhan semesta alam. Selawat
dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para
sahabat seluruhnya.
Ya
ALLAH, ENGKAUlah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAUlah
yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi,
maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan
dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya.
Juga
minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada
kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan
aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai
TUHAN yang amat mengasihi.
Semoga
ALLAH merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya.
Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya untuk ALLAH, TUHAN semesta
alam.
|